Friday, March 14, 2008

pelarian rindu, itu aku..

selepas aku mengenali azrul, aku kenal erti bahagia. kenal erti sayang dan cinta. dia mengajar aku erti kehidupan. dia membentuk aku, mengubah aku. dia mendorong aku, membimbing aku. hidup aku cukup sempurna dengan dia. dia membahagiakan aku.

dulu, aku seorang yang sendiri, penuh getir and sinis. wild-party-girl. nightlife adalah hidup aku. piercing tattoos adalah sahabat aku. kenapa Tuhan menemukan aku dengan azrul andai Dia merancangkan aku dengan dia berpisah akhirnya? kenapa? kenapa menemukan kami dan memisahkan kami? dugaan demi dugaan, ujian demi ujian Kau turunkan. kenapa saat ini semua ini terjadi? kenapa saat aku bahagia, Kau rampas semuanya? hentikanlah semua ujian Mu. sungguh aku tidak berkudrat untuk menuruskannya.

aku binggung. aku runsing. aku hilang tanpa dia yang selama ini menemani aku. dia pergi, pergi membawa diri. siapa yang simpati? siapa yang mengetahui isi hati ini? aku bagai hilang arah dan bagai tak punya apa lagi. semua hilang. mungkin aku harus kembali ke hidup aku yang penuh getir dan sinis, sendiri. agar aku bisa melupakan semua kisah tentang kami.

No comments: